SALJU SAKINAH
Tajuk : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3604-41-8
Muka Surat : 576 Halaman
Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti
Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan
mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia
yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke
semasa.
Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).

Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di
Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan
ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya.
Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah
Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula
Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah.
Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.
Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa
dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat
Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit
dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!).
Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan,
dalam kemalangan..... sedih dan tragis.
Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi
setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia
mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati
dia telah gagal satu subjek di universiti yarmouk itu.....
Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula
kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting
Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan
menerimanya....-setelah dia menerima VCD melalui pak Arab penjaga kedai.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar