Sabtu, 22 Juni 2013

Resensi Novel

Tugas bahasa indonesia#2

SALJU SAKINAH

      


Tajuk : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3604-41-8
Muka Surat : 576 Halaman
Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke semasa.

Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).

Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya. Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.

Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!). Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan..... sedih dan tragis.

Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati dia telah gagal satu subjek di universiti yarmouk itu.....

Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan menerimanya....-setelah dia menerima VCD melalui pak Arab penjaga kedai.